Friday, January 30, 2009

jangan jatuh cinta padaku...


Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis buatku,
kerana aku takut akan menyayangimu..
Jangan mengambil berat tentang diriku,
kerana aku bimbang akan mengasihi dirimu...
Jangan terlalu baik padaku,
kerana aku takut akan merindui dirimu...
Jangan memberikan ku kenangan dan harapan,
kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu...
Jangan menghargai pertemuan ini,
kerana aku tak mahu menderita kerana kehilangan dirimu lantaran perpisahan ini...

*aku jumpa secebis kertas dlm organizer lama aku.. aku tak tahu ni karya sapa dan aku tulis kata2 ni dlm secebis kertas..dan skang aku publish lak kat sini..

Thursday, January 29, 2009

tag bergambar..

sowy ler... lambat menjawab tag en razor ni..
Okay, here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer.

– the age of next birthday –
aper hal pulak kuar gambar minah ni.. belasah jer ler..

– place i’d like to travel –

japan... kalau ader rezeki...
– a favourite place –

shopping complex.. huahuahua.. leh ker?

– a favourite food –

yummy..yummy..

– a favourite thing –
comforter yg kusayangi...

– nickname i had –


tak ramai yg panggil ngan nickname ni..



– a favourite color –


suci dan bersih..


– college major –

perkomputeran? pernomboran? ermm.. pemeningan..
– name of my love –



– a hobby –


tgk tali besen.. syiok banget...


– a bad habit –



– my wish list –




one of wish... to go travel.. ke negara2 asian...
best lak wat benda ni...fun...

Friday, January 23, 2009

teh dan kopi...

Dulu masa keje kat site mmg heaven giler.. Coz mmg senang giler nak mengular.. aku yg sebagai tea lady ni pun suka gak mengular kat kedai-kedai makan mahupun kedai2 minum utk menambahkan lagi berat badan bersama rakan-rakan seperjuangan yg lain..ke tempat2 lain seperti pasar tani, kedai runcit berdekatan atau pasaraya yg berjauhan pun ader gak..

Ader satu kes ngular + ngantuk.. aku ler tu.. lepas solat zuhur rasa ngantuk ler pulak.. ingat nak 'take 5' jer.. sekali sampai org opis sumer dah balik baru aku sedar.. seb baik pak guard tak kunci surau dari luar.. selepas kejadian tu , kalau rasa nak ngular + ngantuk kat surau mesti info kat secretary bos aku dulu.. suh dier kejutkan aku dlm masa yg ditetapkan..

Walaupun aku kuat ngular, aku buat gak keje dengan agak berdedikasi.. walaupun kengkadang bos nak teh panas, dah suam baru antar kat dier..walaupun kengkadang ader staff nak teh o, aku bancuh teh kat diorg.. dan kengkadang ader gak bos tanyer naper teh tak siap2, aku bagi alasan teh, gula, susu habis.. tapi aku wat keje gak kan...

So, ngan alasan itu mungkin ader senior staff yg nampak kebolehan aku dalam pembancuhan teh.. maka, dier pun mengoffer aku utk membancuh kopi lak.. tapi aku time tu mungkin take thing for granted kan..biler suh aku ingat camner nak buat mocha.. sukatan chocolate dan coffee yg sepatutnya ader dlm secawan mocha pun aku suka jer nak lupa-lupa.. pastu, gelabah2 sikit.. pastu, tak serius..

Peluang hanya datang sekali..biler kita dah terlepas sekali tu mungkin kita kene tunggu bertahun lagi utk berjumpa ngan peluang seterusnyer..kalau aku serius pada ketika itu.. mungkin sekarang telah menjadi barista yg professional..dengan hanya menghidu biji kopi sahaja dah tahu dari mana asal usul kopi tersebut dan secara automatik mengetahui cara pembancuhan nyer jugak..

Sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tiada guna nya lagi..


antara citer korea yg aku suker..

Tuesday, January 20, 2009

tempat tu bukan utk baring ler..

Situasi/lokasi : sekolah menengah / asrama..


aku sedikit terkejut gak ler biler aku disuruh utk menjadi host bagi malam tilawah al-quran pada malam itu..pergh..ripley's believe it or not..tapi aku kan budget cool jer..menerima dengan seadanya di samping menjadi jurulatih kumpulan nasyid..cool huh?!! tapi time tu mana tahu pitching ke laut ke, ke longkang ke.. belasah jer.. asalkan suara anak didik aku tu sedap apabila menyapa ke telinga aku..

dengan berjubah dan berbaju kurung lagi didalam..mmg agak panas dan susah sikit aku nak berlari ke hulu ke hilir..imej wanita muslimah mesti terus dikekalkan..majlis berjalan dengan lancar mengikut sumer susun atur yg telah dirancang..sumer peserta telah mempersembahkan kehebatan diorg dlm setiap kategori..juri pun telah menilai kebolehan mereka..hadiah dan anugerah digenggam erat para pemenang..maka, majlis pun melabuhkan tirai..

walaupun bukan malam tu jugak kitorg buat postmortem bersama ajk dan adhoc majlis.. tapi aku dan seorg rakan buat kaji selidik serba sedikit ttg majlis malam tu ketika perjalanan pulang ke aspuri..biasa ler.. mesti ader terkurang.. terover.. kemenangan yg tak disangka.. kekalahan yg dijangka.. kesilapan yg diduga.. pengadilan yg tak sekata.. mungkin jugak org mengutuk aku yg mengendalikan majlis dengan ntah hapa2.. who knows...

berjalan dengan gaya melenggang ala-ala mak limah sayang.. aku bercerita dengan penuh teruja ttg majlis tersebut.. aku kalau teruja mmg dah tak fikir org keliling dah.. bercerita dengan bersungguh-sungguh.. setelah lama bercerita.. ingin jugak aku bertanya pendapat memberku itu yg sedari tadi asyik membisu saja berjalan disisiku.. ku toleh ke sisi.. dier tidak kelihatan.. ternyata aku membebel sorang2.. mana pulak pergi temah ni..? kemudian, lalu beberapa junior yg tersenyum simpul memandang aku.. mungkin mereka nampak aku yg membebel sorang2 dengan semangat nyer.. aku berpatah balik..

ketika aku melintasi bilik mesyuarat.. aku terpandang sesusuk tubuh yg sedang berbaring.. ku amati dengan bersuluhkan cahaya lampu laman..

"weh temah, aperhal ko baring dalam longkang ni.."

longkang yg kurus dan dalam itu hanya boleh muat org yg bersusuk tubuh kurus mcm dier sahaja..aku yg agak kurus jugak time tu tidak mungkin muat utk berbaring di dalamnyer.. aku menarik dier keluar..

"aku tak perasan yg kita langkah longkang.. tak pasal2 jatuh.. segan lak nak bangun tadi.. ader junior.. hehehe.."

hampir seminggu gak ler aku ngan bdk2 form 4 lain gelakkan dier yg baring dalam longkang tu..

haih...temah..temah..

Tuesday, January 13, 2009

makhluk itu..

jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 11.15 mlm..kami meneruskan perjalanan ke triang yg mengambil masa sejam dari temerloh..sunyi.. sekali-sekala berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan..aku hanya mengekori kancil di hadapan yang ku kira hanya memandu 60km/j..takpe lah..setidak-tidaknya aku ada kawan di atas jalan raya..

aku menoleh pada rakanku yg sedaya-upaya untuk tidak terlena setelah meneguk ubat batuk setengah botol dan ubat selsema beberapa biji akibat begitu tertekan bergaduh dengan kekasih hati..lagipun, kami menuju ke rumah dia dan aku memandu kereta dia..tambahan lagi, aku tak tahu kedudukan rumah dia..jika dia (seet-nama sebenar yg diringkaskan) tidur.. siapa pulak nak menjadi penunjuk arah aku kan? takkan lah pokok-pokok di jalanan..

Di kala bulan mengambang..biasanya pemanduan aku memang agak lambat sebab penglihatan kurang jelas jika tanpa kaca mata, tambahan lagi, aku kurang biasa memandu kereta auto.. racer macam aku memang suka kereta manual..hehe..tiba-tiba..

"Cuba ko potong jer keter depan tu.. Lambat sangat.."

Tekan minyak..pecut..tapi selaju mana lah aku boleh pergi dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok..takkan lah nak buat teknik apungan (drift)..

Sambil berbual tentang beberapa perancangan yang bakal kami laksanakan..(pergh..bunyi macam menteri-menteri borak lak..) tiba-tiba makhluk itu muncul di depan kereta..

"Seeeeettttttttttttttttttttttt" jerit aku kuat...
"Faaaaahhhhhhhhhhhhhhh" kawan ku turut menjerit...

Brek kereta di tekan dengan bersungguh-sungguh sehingga menerbitkan bau hangit tayar kereta yg bergeseran dengan jalan raya..

Jantung berdegup laju..lutut menggigil..panik..aku memandang Seet..

"relax..terus jer drive.." Seet cuba menenangkan aku walaupun dia pun panik..

terus memandu..

"panjang lagi umur lembu tu.." kata Seet lega..

Secara seriusnya kami memang tak nampak lembu tu sehingga beliau muncul di depan kami.. tapi aku sempat berhentikan kereta sebelum kereta itu menyentuh tubuh beliau..