lelaki itu.. agak berumur.. mungkin dalam lingkungan lewat 40-an..
setiap hari biler aku pulang dari kerja.. menunggu bas di hentian bas.. pasti akan terlihatkan pakcik itu.. tetapi dier tidak menunggu bas.. dier hanya berbual ngan seorg wanita muda.. mungkin lingkungan umurku.. atau lebih muda.. aku suka melihat penampilan wanita itu.. bersih dah sopan.. lemah lembut.. kirenyer seperti wanita melayu terakhir lah.. aku rasa wanita itu tinggal di area rumah aku juga.. kerana setiap pagi/petang pun aku dan wanita itu akan naik/menunggu bas yg sama .. fikiran ku saja mungkin..
setiap hari mereka berdua pasti akan berbual di hentian bas.. tentang aper..malas lah aku nak curi dengar kan.. dan biler wanita itu menaiki bas.. pakcik itu terus berlalu juga meninggalkan hentian.. berjalan kaki..
kelmarin, petang ketika pulang kerja.. hujan lebat membasahi bumi.. begitu ramai manusia menunggu di hentian bas.. termasuk aku.. tidak lama aku berdiri di sudut hentian utk berteduh dari hujan lebat.. pakcik itu datang berlari-lari anak dari arah bertentangan dengan aku.. mencelah-celah di antara ramai manusia di hentian sambil mata mencari-cari sesuatu.. kemudian mempamerkan wajah yg hampa kerana tidak ketemu dengan yg dihajati..
semalam, pakcik itu masih menanti seorg diri.. tanpa wanita itu di sisi.. ke mana agaknyer wanita itu? bercuti? mungkin...
otak aku memikirkan beberapa perkara..
-kemana wanita itu?
-apakah hubungan wanita itu dengan pakcik itu?
-setelah sekian lama, kenapa mereka tidak bertukar no tel agar pakcik itu tidak lah menunggu lama di hentian bas..
-adakah mereka anak dan bapa yg dilarang berjumpa..?
-adakah wanita itu hanya seorg pendengar yg setia?
Wednesday, March 18, 2009
Wednesday, March 11, 2009
cubalah sejenak mengerti..
Tekanan perasaan dan kemurungan..tiada lagi positive thinking..tiada lagi gelak ketawa..tiada lagi senyuman manja..tiada lagi suara ceria berkata-kata..yang ada hanyalah gelita dan airmata.. suasana sekeliling juga turut membenarkan aku terbelenggu dalam keadaan begitu..
hina.terluka.dikhianati.benci.sugul.dusta.sesal.sayu.lara.gelita.gerhana.
Artis korea suka mengambil jalan mudah apabila mereka mengalami tekanan..bunuh diri!!
Hidup terlalu pendek utk bersedih..hidup terlalu pendek utk membenci..hidup terlalu pendek memikirkan perkara negative..jadi perlukah kita memendekkannya lagi dengan mencabut nyawa sendiri..?
tapi sumer perasaan tu hilang biler mataku tertancap pada secebis nota kaki pada buku pembelajaranku:
"Kakak poyo jer.. konon belajar bahasa asing.. =p.. Martabatkan lah bahasa melayu"
Hahahaha.. tawaku memecah kesunyian bilik sepi itu.. siblings power.. adik aku mmg poyo..
aku dah ok.. boleh gelak2 seperti biasa..
Subscribe to:
Posts (Atom)