Friday, January 23, 2009

teh dan kopi...

Dulu masa keje kat site mmg heaven giler.. Coz mmg senang giler nak mengular.. aku yg sebagai tea lady ni pun suka gak mengular kat kedai-kedai makan mahupun kedai2 minum utk menambahkan lagi berat badan bersama rakan-rakan seperjuangan yg lain..ke tempat2 lain seperti pasar tani, kedai runcit berdekatan atau pasaraya yg berjauhan pun ader gak..

Ader satu kes ngular + ngantuk.. aku ler tu.. lepas solat zuhur rasa ngantuk ler pulak.. ingat nak 'take 5' jer.. sekali sampai org opis sumer dah balik baru aku sedar.. seb baik pak guard tak kunci surau dari luar.. selepas kejadian tu , kalau rasa nak ngular + ngantuk kat surau mesti info kat secretary bos aku dulu.. suh dier kejutkan aku dlm masa yg ditetapkan..

Walaupun aku kuat ngular, aku buat gak keje dengan agak berdedikasi.. walaupun kengkadang bos nak teh panas, dah suam baru antar kat dier..walaupun kengkadang ader staff nak teh o, aku bancuh teh kat diorg.. dan kengkadang ader gak bos tanyer naper teh tak siap2, aku bagi alasan teh, gula, susu habis.. tapi aku wat keje gak kan...

So, ngan alasan itu mungkin ader senior staff yg nampak kebolehan aku dalam pembancuhan teh.. maka, dier pun mengoffer aku utk membancuh kopi lak.. tapi aku time tu mungkin take thing for granted kan..biler suh aku ingat camner nak buat mocha.. sukatan chocolate dan coffee yg sepatutnya ader dlm secawan mocha pun aku suka jer nak lupa-lupa.. pastu, gelabah2 sikit.. pastu, tak serius..

Peluang hanya datang sekali..biler kita dah terlepas sekali tu mungkin kita kene tunggu bertahun lagi utk berjumpa ngan peluang seterusnyer..kalau aku serius pada ketika itu.. mungkin sekarang telah menjadi barista yg professional..dengan hanya menghidu biji kopi sahaja dah tahu dari mana asal usul kopi tersebut dan secara automatik mengetahui cara pembancuhan nyer jugak..

Sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tiada guna nya lagi..


antara citer korea yg aku suker..

Tuesday, January 20, 2009

tempat tu bukan utk baring ler..

Situasi/lokasi : sekolah menengah / asrama..


aku sedikit terkejut gak ler biler aku disuruh utk menjadi host bagi malam tilawah al-quran pada malam itu..pergh..ripley's believe it or not..tapi aku kan budget cool jer..menerima dengan seadanya di samping menjadi jurulatih kumpulan nasyid..cool huh?!! tapi time tu mana tahu pitching ke laut ke, ke longkang ke.. belasah jer.. asalkan suara anak didik aku tu sedap apabila menyapa ke telinga aku..

dengan berjubah dan berbaju kurung lagi didalam..mmg agak panas dan susah sikit aku nak berlari ke hulu ke hilir..imej wanita muslimah mesti terus dikekalkan..majlis berjalan dengan lancar mengikut sumer susun atur yg telah dirancang..sumer peserta telah mempersembahkan kehebatan diorg dlm setiap kategori..juri pun telah menilai kebolehan mereka..hadiah dan anugerah digenggam erat para pemenang..maka, majlis pun melabuhkan tirai..

walaupun bukan malam tu jugak kitorg buat postmortem bersama ajk dan adhoc majlis.. tapi aku dan seorg rakan buat kaji selidik serba sedikit ttg majlis malam tu ketika perjalanan pulang ke aspuri..biasa ler.. mesti ader terkurang.. terover.. kemenangan yg tak disangka.. kekalahan yg dijangka.. kesilapan yg diduga.. pengadilan yg tak sekata.. mungkin jugak org mengutuk aku yg mengendalikan majlis dengan ntah hapa2.. who knows...

berjalan dengan gaya melenggang ala-ala mak limah sayang.. aku bercerita dengan penuh teruja ttg majlis tersebut.. aku kalau teruja mmg dah tak fikir org keliling dah.. bercerita dengan bersungguh-sungguh.. setelah lama bercerita.. ingin jugak aku bertanya pendapat memberku itu yg sedari tadi asyik membisu saja berjalan disisiku.. ku toleh ke sisi.. dier tidak kelihatan.. ternyata aku membebel sorang2.. mana pulak pergi temah ni..? kemudian, lalu beberapa junior yg tersenyum simpul memandang aku.. mungkin mereka nampak aku yg membebel sorang2 dengan semangat nyer.. aku berpatah balik..

ketika aku melintasi bilik mesyuarat.. aku terpandang sesusuk tubuh yg sedang berbaring.. ku amati dengan bersuluhkan cahaya lampu laman..

"weh temah, aperhal ko baring dalam longkang ni.."

longkang yg kurus dan dalam itu hanya boleh muat org yg bersusuk tubuh kurus mcm dier sahaja..aku yg agak kurus jugak time tu tidak mungkin muat utk berbaring di dalamnyer.. aku menarik dier keluar..

"aku tak perasan yg kita langkah longkang.. tak pasal2 jatuh.. segan lak nak bangun tadi.. ader junior.. hehehe.."

hampir seminggu gak ler aku ngan bdk2 form 4 lain gelakkan dier yg baring dalam longkang tu..

haih...temah..temah..

Tuesday, January 13, 2009

makhluk itu..

jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 11.15 mlm..kami meneruskan perjalanan ke triang yg mengambil masa sejam dari temerloh..sunyi.. sekali-sekala berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan..aku hanya mengekori kancil di hadapan yang ku kira hanya memandu 60km/j..takpe lah..setidak-tidaknya aku ada kawan di atas jalan raya..

aku menoleh pada rakanku yg sedaya-upaya untuk tidak terlena setelah meneguk ubat batuk setengah botol dan ubat selsema beberapa biji akibat begitu tertekan bergaduh dengan kekasih hati..lagipun, kami menuju ke rumah dia dan aku memandu kereta dia..tambahan lagi, aku tak tahu kedudukan rumah dia..jika dia (seet-nama sebenar yg diringkaskan) tidur.. siapa pulak nak menjadi penunjuk arah aku kan? takkan lah pokok-pokok di jalanan..

Di kala bulan mengambang..biasanya pemanduan aku memang agak lambat sebab penglihatan kurang jelas jika tanpa kaca mata, tambahan lagi, aku kurang biasa memandu kereta auto.. racer macam aku memang suka kereta manual..hehe..tiba-tiba..

"Cuba ko potong jer keter depan tu.. Lambat sangat.."

Tekan minyak..pecut..tapi selaju mana lah aku boleh pergi dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok..takkan lah nak buat teknik apungan (drift)..

Sambil berbual tentang beberapa perancangan yang bakal kami laksanakan..(pergh..bunyi macam menteri-menteri borak lak..) tiba-tiba makhluk itu muncul di depan kereta..

"Seeeeettttttttttttttttttttttt" jerit aku kuat...
"Faaaaahhhhhhhhhhhhhhh" kawan ku turut menjerit...

Brek kereta di tekan dengan bersungguh-sungguh sehingga menerbitkan bau hangit tayar kereta yg bergeseran dengan jalan raya..

Jantung berdegup laju..lutut menggigil..panik..aku memandang Seet..

"relax..terus jer drive.." Seet cuba menenangkan aku walaupun dia pun panik..

terus memandu..

"panjang lagi umur lembu tu.." kata Seet lega..

Secara seriusnya kami memang tak nampak lembu tu sehingga beliau muncul di depan kami.. tapi aku sempat berhentikan kereta sebelum kereta itu menyentuh tubuh beliau..

Tuesday, December 16, 2008

pandangan menusuk kalbu..

aku ader perangai yg suka tgk jer org tu..sama ada kenal atau tak.. dengan ralit sekali.. dea (kawan ketika di UiTM) pun sama.. so, kitorg berpesan sama sendiri ..
kalau tetiba kitorg buat perangai camtu kat kelas ke, cafe ke, library ke, mall ke hatta kat mana2 sekali pun.. sila tegur tanpa ragu2.. coz tu perbuatan tak sengaja yg tak boleh dikawal.. huhuhu..

semalam seperti biasa activity malam aderlah gi makan kat kedai makan yg tomyam nyer sedap di seksyen 2, wangsa maju..

ketika aku dan member melilau cari tempat kosong.. aku perasan ader org pandang.. aahh.. biar jer dier.. dapat meja kosong.. duduk.. order makanan dan borak sambil tgk TV.. sesekali aku terpandang pada susuk tubuh pada pemilik mata yg memandang aku tu.. masih memandang aku.. aku kata dalam hati..

"aperhal minah ni?"

aku terus borak sambil makan.. sesekali aku pandang ke arah tu lagi.. minah tu still pandang sambil makan..

aku siap makan.. bayar.. dan sengaja jer lalu tepi dier.. dier tanpa berselindung masih memandang.. dan cakap kat member dier kat sebelah.. dan member dier pandang aku jugak..

aku tertanya.. pasal aper dier dok pandang aku..
- adakah zip jeans aku tak tutup? (setelah di check.. ok jer..)
- jeans/t-shirt aku koyak..? (aku rasa sebelom pakai, sumer dlm keadaan yg ok..)
- ader yg tak kene ngan aku..? cth : lipstik @ eyeliner over ker.. terpijak tahi kucing ker.. tahi burung melekat kat tudung ker.. tudung pakai terbalik ker.. (tapi member aku kata sumer ok..)
- dier kenal aku tapi ragu2..? (tegur jer ler.. kalau tak kenal.. boleh berkenalan.. huhuhu.. poyo..)
- aku cun sangat..? sampai charming aku tu membuatkan dier nak pandang jer aku.. (ni kes perasan tahap melampau.. ignore jer..)

sukati ler...

jawab tag razor..

1. Pernah tak anda jalan sorang2, pastu terserempak dengan couple. Si perempuan (kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang2 anda.

Ha? Erm.. pernah... tapi biasa nyer sbb mamat tu kenal aku.. tapi masalahnyer aku jer selalu tak kenal org... ader sekali tu, 2-3 kali couple ni lalu depan aku..(mungkin proses pengecaman)..pastu, dier tegur.. pastu, aku still tak dapat ingat dier sapa.. pastu, siap awek dier pun kenal aku.. aku pun tak ingat awek dier sapa.. yg tak pasti, awek dier tu kawan aku jugak ke.. atau mamat tu pernah ngumpat/kutuk/bercerita yg kaw-kaw punyer sampai awek dier pun ingat aku.. entah..

2. Pernah tak orang ingat anda bukan anda yang sepatutnya. (Cth: eh, ko ni dah kahwin kan? Eh, ko ni kerja spital kan? Eh, ko ni belajar lagi kan? Eh, ko ni adik hans Isaac kan? Eh, ko ni yang aku jumpa kat Lombok kan?)

Pernah.. erm.. org ingat aku cikgu.. ader ler beberapa kali.. masa tu ader gaya cikgu-cikgi kot..

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.

Pernah.. Time tu aku balik dari PD pastu antar kawan aku kat KL central, gombak dan selayang..pastu, tetiba mak aku call suh amik dier kat cheras.. aku cam confident.. pastu, aku tak tahu camner aku boleh masuk bukit antarabangsa...etc..etc.. alih-alih aku dah kat damansara.. pelik kan.. at last, aku suh pakcik aku antar mak aku ke tol gombak.. aku tunggu kat sana jer..^_^..

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.

Hair stylist.. org tak nak buat ke? entah.. tak tahu..hehe.. aku rasa cam best jer.. tu sbb sangat memilih org yg gunting rambut aku.. ditambah lagi terpengaruh ngan cerite2 taiwan dan jepun yg menampilkan hero nyer sebagai hair stylist.. dan aku boleh gunting rambut org (walaupun tak pro) as long as org tu percaya aku leh menghair stylistkan rambut dier.. dan aku gak boleh gunting rambut sendiri.. hehe..

5. Kalau ada, ceritakan satu dari kisah2 sedih dalam hidup anda. (tak payah cari yang 'paling sedih' sbb aku tahu, korang bukan ingat sangat pun)

Peristiwa ni berlaku masa aku form 5, aritu aku ader latihan sukan kat skool, so kene stayback.. actually, latihan abis around kul 3.. dan sepatutnyer dalam kul 3 tu.. pakcik driver akan amik student yg stayback kat skool.. tapi hari tu dier tak datang.. tak tahu pasal aper.. coz nak kata aku stayback sorang pastu dier malas amik.. tak jugak.. sebelom2 ni dier datang jer walau aku sorang2.. so, aku tunggu jer kat bas stand depan sekolah tu dengan perasaan aku nak balik hostel cepat.. rasa mcm tak best.. dan biler dah nak kul 4 tu still tak nampak byg van atau bas hostel aku.. aku rasa makin tak best dan nak marah pun ader.. so, aku terpaksa tunggu bas petang.. balik ngan student sesi petang iaitu kul 6.30 ptg.. walaupun aku ader masa nak melepak2 kat amcorp mall hatta KLCC sekali pun.. tapi aku tak buat camtu coz aku rasa hati tak best.. maghrib tu biler aku sampai hostel.. aku tgk kelas prep form 5 takde org.. dorm pun takde org.. tgh aku melilau cari org tu.. tetiba aku terserempak ngan sorang student form 3.. lalu, aku bertanyakan kemana pergi nyer sumer student form 5..
student form 3: akak dari mana? akak form 5 sumernyer pegi rumah arwah kak zarina.. kak zarina dah meninggal.. cik lela (warden hostel) yg bagitahu tghr tadi..
aku tersentap kat situ.. patut ler aku rasa mcm tak best jer.. arwah antara kawan aku yg baik.. walaupun tak close sangat.. tapi aku ngan dier shared a lot of things especially masa form 3 (time tu katil aku ngan dier bersebelahan kat dorm dan kitorg partners kat skool/class).. dan dier selalu jd cikgu aku utk subject history and english (coz dier sangat hebat dlm 2 subject ni dan selalu jer betul biler spot soalan yg bakal kuar utk paper history)..dier meninggal coz mengalami pendarahan dalaman.. aku sangat terkilan coz aku satu2nyer kwn dier (yg waktu tu still dok kat KJ) yg tak pergi sewaktu pengkebumian dier dan diberi peluang utk tgk dier buat kali terakhir.. al-fatihah.. (mungkin atas sbb tu aku 2-3 kali gak mimpi dia sampai menangis dlm tido)..


6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat, cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.

Aku tak tahu camner aku leh terlibat..(sbb aku selalu jer perasan baik..^_^).. form 2 rasanyer.. aku join kawan aku (2 org) buat poster yg kutuk beberapa budak aspura batch aku.. dan tampal poster tu kat dining dan sumer batch boleh baca sama ada aspura atau aspuri.. disebabkan poster tu, mamat2 yg kene kutuk ni menuduh sorang minah ni (yg jugak batch aku) yg buat.. dan berlaku pergaduhan besar.. tp at last, diorg tahu sapa yg buat..tapi kitorg buat poyo jer and at the end.. senyap jer.. yg buat aku menyesal tu.. kitorg yg buat tapi org lain yg kene tuduh (kitorg sanggup jer hadapi risiko).. dan yg tertuduh tu adalah kawan aku yg dah meninggal yg aku cerita kan diatas.. rasa ralat sampai sekarang..

7. Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak, apa hobi2 anda?

Aku suka membaca kamus.. actually ini adalah activity aku biler aku rasa tak best, terlalu gembira atau terlalu sedih.. aku bukan menghafal.. sekadar membaca tanpa mengingati.. bukan setakat kamus english, kamus ciner, kamus thai atau kamus arab (milik adik aku) pun aku baca.. tapi kalau tanyer balik aper isi kandungannyer.. comfirm aku tak tahu.. hehe.. dulu2 aku suka melukis, conteng2 dan membuat hasil2 kreatif cth gunting dan tampal, koyak dan tampal..etc..etc.. kalau aku rasa hasil2 tu cam luar biasa hebat nyer (iaitu diluar jangkaan dan keupayaan aku) aku akan kasi kat org yg terlintas dlm kepala aku time tu.. (xbyk pun coz aku bukan ler org yg hebat..)

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingat dan selalu membuatkan anda beringat2?

parents aku selalu pesan pasal hati2 memilih kawan kerana pergaulan tu penting dlm membentuk peribadi seseorg.. dan lagi dgr pendapat/nasihat org lain gak (coz aku ni sebenarnya adalah manusia yg agak degil).. etc.. etc.. biasa ler ibu dan bapa mesti nak anak2 nyer berada dlm keadaan yg baik..

9. Apakah ketakutan yang masih menghantui anda?

menunggang motosikal (as rider).. coz aku pernah accident masa bwk motor.. tak jauh pun.. baru kuar dari halaman umah ketika nak hantar adik aku gi tuition.. so, tak sampai 10 kali pun dlm 10 tahun ni aku jd pembonceng.. dan tak pernah bwk motor langsung lepas kes tu..

10. Dah itu je. anda dah makan?
Soklan ni kene jawap ker?

wei en razor .. penat tul nak jawab soklan ni.. pastu, terpaksa citer panjang lebar..

Monday, December 15, 2008

sajer nak citer..



Lama dh rasanyer aku tak mengikuti perkembangan berita hiburan dari Negara jiran..Thailand.. so, aku meluangkan masa gak ler search kat internet berita2 hiburan dari sana.. dan aku terkejut apabila seorang actor/singer yg bernama Big (D2B) dah meninggal dunia pada Dec 2007.. setelah setahun baru aku tahu.. aku mmg follow citer dier apabila dier terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan mengakibatkan dier koma.. dan setelah sekian lama, dier sedar kembali walaupun tidak dapat pulih ngan sepenuhnya.. so,aku ingatkan dier akan buat comeback.. dan aku terus tak mengikuti berita-berita dari artis Thailand.. biler search balik rupanya dier dh tiada lagi di muka bumi ni.. rupanya dier mengalami jangkitan kuman dalam darah……well, aku kenal dier pun dlm salah satu citer thailand favourite aku.. Freshies High School (Session 2)..
*gambar di atas .. big adalah 2 dari kiri..

Wednesday, December 10, 2008

aku suka gembira..

gembira sbb dah puas menangis semalam.. menangis tanpa sebab.. huhuhu... sekali tu aku dgr radio..

penyampai radio : aper hobi awak?
pendengar : saya suka menangis..

aku confuse.. menangis pun boleh jadi hobi ker..
tapi kengkadang menangis adalah satu kepuasan bagi aku...

walaupun, arini takde pun berita gembira.. hari seperti biasa.. tapi aku sangat gembira ngan hidup aku.. sehingga ader yg menegur..

"ader berita gembira ker?"

kenapa kita mesti nak ader berita gembira baru nak jadi seorg yg sangat gembira..? baru nak lemparkan senyuman yg ceria..?

senyum itukan sedekah.. so, senyum lah selalu...

..^_^..

Friday, December 5, 2008

5 bulan..

Pepagi... biler kaki jejak jer ke dlm office berita first yg terjah ke telinga aku aderlah..

"eney dh bersalin.."

Kalau akak yg dikatakan dh bersalin tu mmg dlm kategori "tunggu hari" mmg ler logik.. dan sumer org pun akan memanjatkan syukur dan akan bertanyer soalan2 seperti berikut :

"gurl or boy?"
"kat hospital mana?"
"berapa berat anak dier?"

dan beberapa soklan biasa lagi dan lepas tu, sumer org pakat2 nak beli hadiah aper...

tapi akak ni.. baru semalam aku menyembang ngan dier sambil merembat roti putih yg berinti jem strawberry dier... kelihatan begitu sihat dan ceria memberitahu yg kandungan nyer dh 5 bulan...

alih-alih pagi ni aku dgr dh bersalin... dari cerita yg aku dgr... husband dier yg membidankan dier coz tak sempat gi hospital dan baby & mother sumer sihat...

yg aku musykil dan first time dgr tu .. dier bersalin ketika kandungan nyer berusia 5 bulan...

kuasa Allah.. tiada siapa boleh jangka..

Friday, November 21, 2008

berjalan dlm hujan..

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5.45 petang.Aku menjengah ke tingkap, hujan mulai reda.Aku fikir bolehlah pergi ke pasar malam yang terletak di belakang pejabat.Tapi fikiran aku yang kusut ditambahkan jiwa yang kacau menyebabkan aku mengubah hala tujuan aku.

Balik rumah.

Fikiran aku memang betul-betul bercelaru.Lalu aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki.

Jauh?

Aku dah tak fikir semua tu.Kaki melangkah dan fikiran melayang.
Sebenarnya aku tak pasti kenapa fikiran aku bercelaru macam ni..
Bila dalam keadaan yang tidak pasti ni jiwa aku akan bertambah kacau.

Tiba-tiba hujan membasahi bumi.Lebat.Aku bingung.Aku berjalan santai ke hentian bas yang lebih kurang 5 meter di hadapan.Sedikit basah.Fikiran masih melayang.
Aku tersedar dari khayalan apabila ada bas berhenti di hadapanku dan berpusu-pusu manusia keluar dari perut bas.Hujan masih belum berhenti tapi tidak selebat tadi.Aku nekad meneruskan perjalanan.

Berjalan dalam hujan.Tidak mengendahkan sekeliling.Fikiran terus melayang.

Aku dikejutkan oleh air yang tiba-tiba membasahi kaki akibat percikan dari lopak yang dilanggar oleh sebuah kereta.Telefon bimbit berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

Akak kat mana?Dah balik ke?

Aku melihat sekeliling.Erk.Dimana aku sebenarnya ni?

Di suatu tempat yang tak pasti..

Aku betul-betul tidak pasti dimana aku sebenarnya.Kaki terus melangkah dengan fikiran yang tak pasti.Terus berjalan mengikut arus kereta yang menderu laju.

Azan maghrib berkumandang.Aku mendongak ke langit.Senja mula merangkak.

Terlihat akan sebuah bangunan tinggi yang masih dalam proses pembinaan.Aku tersenyum. Bangunan itu hampir dengan kawasan rumahku.

Di rumah, rakan serumah merangkap rakan sepejabat belum pulang lagi.
Walaupun perkara yang mengusutkan fikiran dan membuatkan jiwa aku kacau itu masih tidak dapat diungkapkan dan dileraikan tapi ada satu kepuasan dalam diri aku.

Aku tertanya, kenapa dengan aku sebenarnya?