aku tinggalkan jer kerja yg berlambak-lambak atas meja tu biler jam tepat menunjukkan pukul 5 petang.. aku nak kene kejar bas gi titiwangsa.. tak sampai 5 minit aku berdiri di bas stand depan taman permata tu.. bas pun sampai..
seperti biasa aku mesti berdiri punyer dlm bas.. sbb kalau naik bas tu aku mmg suka berdiri walaupun ader tempat kosong dibelakang...
seketika kemudian bas berhenti lagi utk mengambil penumpang.. mataku tertancap pada seorg jejaka cina yg sedang membayar tiket.. hensem, trendy, berambut sedikit panjang.. secara keseluruhan mmg ader gaya model ataupun artis.. kemudian, dia terus menuju ke seat kosong yg berada berhampiran dengan pintu belakang.. naik pula seorg tua yg bertongkat dan membayar tiket bas.. lalu melihat2 jika terdapat seat kosong.. hampa.. ketika dengan payah nyer org tua itu berjalan di tengah perut bas.. jejaka cina itu bangun lalu memapah org tua itu lalu memberikan seat nyer.. dan dier berdiri di depan aku.. BUDI BAHASA BUDAYA KITA.. mungkin aku dh tersuka sikit pada jejaka cina ni.. ahakz..
pemerhatian ku pada jejaka cina itu tergendala apabila sekumpulan pelajar sekolah menaiki bas tersebut dan juga berdiri di hadapan ku.. perhatian ku teralih pada perbualan mereka yg cukup rancak.. agak sukar juga utk memahami butir bicara mereka kerana meraka bercakap laju dan berbahasa mandarin.. kadang kala berbahasa kantonis.. hehehe.. jadi aku lebih senang memerhatikan baju mereka yg design nyer direka sungguh kreatif sekali.. mungkin mereka adalah ahli persatuan bahasa cina.. MUNGKIN..
seorg wanita cina pula mengalihkan kedudukan nyer berdiri di depan aku biler sekumpulan lagi penumpang berasak masuk ke dalam perut bas.. wanita ini.. aku tak faham akan fesyen pakaian nyer.. dia berbaju baby t berkolar dipadankan dengan skirt pendek kembang.. dan menyarung sepasang heels yg berwarna gold serta handbag yg vouge juga berwarna gold.. aku seperti merasakan yg dia ni baru pulang bermain tenis dan terpaksa menghadiri dinner function tapi tak sempat nak salin pakaian... dah jadi perunding imej pulak.. huhu.. tapi kemudiannyer aku turut melihat pada diri sendiri... hehe.. aku hanya memakai sepasang selipar yg dibeli oleh ibuku di Medan semasa dia melancong ke sana (sebab stokin tak kering..so, aku tak boleh menyarung kasut jika tidak berstokin).. berbaju kurung dan membawa 2 beg yg besar.. gagal ku kira..
sesampai nyer di Titiwangsa, aku terus ke tempat menunggu bas utk pulang ke Bentong.. bas yg sepatutnya sudah sampai.. tidak kelihatan.. aku sedikit kalut.. kemudiannya, aku mendapat maklumat bahawa cadangan utk mempercepatkan masa perjalanan awal setengah jam itu mendapat tentangan dari kebanyakan penumpang.. jadual kembali ke asal..
setelah membayar tiket bas dan bercerita tentang perihal kehidupan masing-masing dengan seorg rakan.. aku terlena.. mungkin kerana letih..
sampai saja di rumah, terus pekena nasi sepinggan , basuh baju sambil menonton anugerah skrin 2008 yg kukira majlis kali ni agak hambar.. atau aku saja yg berasa begitu kerana sibuk mengemas itu ini dan sibuk mengangkut perkakas dapur yg aku nak guna pakai di rumah sewa.. setelah mak dan abah serta aku siap berkemas.. tepat pukul 11.30 malam kami bertolak ke KLIA pula.. oleh kerana tidur yg berasa kurang selesa di dalam bas tadi.. aku sambung tidur dlm kereta (lagipun mmg abah suruh aku tidur sbb takut aku mengantuk pagi nanti).. kerana lena, ketika mak mengejutkan aku utk singgah minum di dengkil pun aku biarkan sahaja.. erk.. akhirnya abah kunci aku dlm kereta dgn tak pasang air-cond pun.. (takpe.. lena jugak siap bermimpi lagi..)
kami sampai di KLIA pada pukul 2.30 pagi... aku dengan muka baru bangun dari tidur.. berbaju lusuh.. berseluar track.. dan berselipar terus mengekori mak dan abah yg nak check in .. teruknya imej aku kan.. pertama kali berimej sedemikian di KLIA.. nasib baik ketika itu manusia di KLIA tidak sesesak siang hari.. setelah selesai urusan daftar masuk.. kami berbual di ruang menunggu.. flight akan berlepas pukul 4..
panggilan penerbangan ke kota kinabalu memenuhi ruang KLIA.. setelah menghantar mak dan abah ke pintu masuk.. aku kembali ke ruang menunggu kerana abah berpesan supaya aku memandu pulang pada pukul 6 pagi.. kerana dia risau di jalanan hanya aku memandu seorg diri..
aku duduk di ruang menunggu dalam keadaan yg masih mengantuk.. ku lihat seorg pekerja KLIA begitu lena dlm tidurnya di seat menunggu itu.. dengan uniform yg serba biru kukira agak hairan seorg wanita tidur di ruangan terbuka seperti itu.. pandangan ku beralih apabila seorg jejaka india (mungkin juga bangladesh.. kurang pasti..) bertanya aku sama ada di ruangan itu terdapat wireless internet atau tidak.. aku hanya membalas "I think so.. just try to access it.. whether it is available or not.." terbelit gak kepala otak aku nak memikir ayat english di dlm keadaan mengantuk.. belasah jer ler.. tapi ku kira lapangan antarabangsa seperti ini pasti ada kelengkapan tersebut.. 5 minit kemudian, jejaka india itu memasang mp3 nya di laptop.. pekerja wanita tadi bingkas bgn.. tak tahu sama ada terkejut akan bunyi muzik hindustan yg agak kuat dr mp3 jejaka india itu atau masa berkerjanya hampir bermula...
ku perhatikan ader seorg jejaka melayu beberapa kali lalu di depan ku.. aku hanya membalas senyum apabila dia melemparkan senyuman.. senyum itu sedekah.. setelah beberapa kali lagi jejaka melayu itu mundar mandir di depan ku.. tiba-tiba dia bertanya "nak ke mana?" .. aku membalas "tak ke mana.. hantar parents tadi.." seketika kemudian, aku bangun dari tempat duduk ku.. aku mengambil keputusan utk balik.. lagi lama aku berada di situ.. lagi ramai org akan menegurku.. jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi.. tapi lapangan itu sudah mula dibanjiri penumpang yg menunggu waktu pelepasan.. setelah membayar parking fee.. aku memandu pulang ke rumah sewa.. pukul 6 pagi baru aku tiba di rumah kerana pemanduanku hari ini hanya sampai 90km/j (paling laju) sbb aku mengantuk dan jalan pun nampak cam samar bayangan jer.. sampai rumah aku sambung tidur lagi utk masa yg masih berbaki sebelum aku bersiap utk pergi bekerja..
so, aku sekarang menaip dlm keadaan yg masih ngantuk dan letih.. pekena mocha le sat lagi..
..^_^..
6 comments:
so, citer ko yang panjang bagai ni nak ulang mender yg same? mocha? hehe..
nyway, ko tak baca balik kan ape yang ko taip. sbb kalau ko bace balik, musti ko buang-tambah perkataan jadi lagi menarik. x meleret2. hehe..
aku ada sorang member keje klia. polis bantuan. nama aminudin, kurus2. kalau berjalan nak tumbang sbb gayanya mcm pemalas. dia pernah utang aku masa sekolah dulu. ada perasan?
hihi
mmg pun motif aku yg panjang meleret-leret tu sebenarnye aku nak citer at the end aku minum mocha..
aku malas baca balik sbb aku tgk rupanya aku dh taip panjang.. so, aku biarkan jer ia dlm keadaan asal..
aminuddin? apsal? kalau aku perasan, ko nak suh aku minta hutang bagi pihak ko ker?
ari isnin nanti aku gi KLIA semula.. nanti aku tgk2kan..
arfaha - agak susah nak baca entri ni..salam singgah tapi ceritanya best.
en.azli - salam.. tq coz singgah..
susah sbb aper ekk? bahasa ekk?
hehe..ka aku dah ckp..hehe
lain kali aku improve..
hehe..
Post a Comment