Wednesday, March 18, 2009

sebuah penantian..

lelaki itu.. agak berumur.. mungkin dalam lingkungan lewat 40-an..


setiap hari biler aku pulang dari kerja.. menunggu bas di hentian bas.. pasti akan terlihatkan pakcik itu.. tetapi dier tidak menunggu bas.. dier hanya berbual ngan seorg wanita muda.. mungkin lingkungan umurku.. atau lebih muda.. aku suka melihat penampilan wanita itu.. bersih dah sopan.. lemah lembut.. kirenyer seperti wanita melayu terakhir lah.. aku rasa wanita itu tinggal di area rumah aku juga.. kerana setiap pagi/petang pun aku dan wanita itu akan naik/menunggu bas yg sama .. fikiran ku saja mungkin..


setiap hari mereka berdua pasti akan berbual di hentian bas.. tentang aper..malas lah aku nak curi dengar kan.. dan biler wanita itu menaiki bas.. pakcik itu terus berlalu juga meninggalkan hentian.. berjalan kaki..


kelmarin, petang ketika pulang kerja.. hujan lebat membasahi bumi.. begitu ramai manusia menunggu di hentian bas.. termasuk aku.. tidak lama aku berdiri di sudut hentian utk berteduh dari hujan lebat.. pakcik itu datang berlari-lari anak dari arah bertentangan dengan aku.. mencelah-celah di antara ramai manusia di hentian sambil mata mencari-cari sesuatu.. kemudian mempamerkan wajah yg hampa kerana tidak ketemu dengan yg dihajati..


semalam, pakcik itu masih menanti seorg diri.. tanpa wanita itu di sisi.. ke mana agaknyer wanita itu? bercuti? mungkin...


otak aku memikirkan beberapa perkara..
-kemana wanita itu?
-apakah hubungan wanita itu dengan pakcik itu?
-setelah sekian lama, kenapa mereka tidak bertukar no tel agar pakcik itu tidak lah menunggu lama di hentian bas..
-adakah mereka anak dan bapa yg dilarang berjumpa..?
-adakah wanita itu hanya seorg pendengar yg setia?

Wednesday, March 11, 2009

cubalah sejenak mengerti..

Tekanan perasaan dan kemurungan..tiada lagi positive thinking..tiada lagi gelak ketawa..tiada lagi senyuman manja..tiada lagi suara ceria berkata-kata..yang ada hanyalah gelita dan airmata.. suasana sekeliling juga turut membenarkan aku terbelenggu dalam keadaan begitu..


hina.terluka.dikhianati.benci.sugul.dusta.sesal.sayu.lara.gelita.gerhana.



Artis korea suka mengambil jalan mudah apabila mereka mengalami tekanan..bunuh diri!!


Hidup terlalu pendek utk bersedih..hidup terlalu pendek utk membenci..hidup terlalu pendek memikirkan perkara negative..jadi perlukah kita memendekkannya lagi dengan mencabut nyawa sendiri..?


tapi sumer perasaan tu hilang biler mataku tertancap pada secebis nota kaki pada buku pembelajaranku:


"Kakak poyo jer.. konon belajar bahasa asing.. =p.. Martabatkan lah bahasa melayu"


Hahahaha.. tawaku memecah kesunyian bilik sepi itu.. siblings power.. adik aku mmg poyo..


aku dah ok.. boleh gelak2 seperti biasa..

Thursday, February 26, 2009

kisah kita..

"art, ko gi ler.."

aku ngan gaya2 macho lagi penuh bergaya menuju kepada mamat yg sedang duduk bersama-sama member2 dier di kawasan luar perhentian bas..

"awak sini kejap" panggil aku lalu terus berlalu ke sebatang pokok..aku tak sangka aku boleh berlagak gangster lalu menaikkan sebelah kakiku ke dahan pokok yg paling rendah.. aku melihat member2 mamat tu menghantar member mereka yg membontoti aku dengan pandangan yg pelik.. member aku menyusul kemudiannyer ke tempat aku berdiri..

sambil merenung mamat tersebut..

"awak kenal Mr.S? " tanya ku bersahaja..
"tak.." mamat tu menjawab dengan penuh sangsi..
"awak ader abang ke belajar atau keje kat sini?"
"takde.. saya ader kakak jer.. tu pun xbelajar kat sini.."
"awak asal mana?"
"kelantan..bla..bla.." aku tak ingat daerah mana..
"aper nama awak?"
"nama saya Mohd.A"
"Owh..awak amik course aper?"
"Accounting"
"Betul ke Mr.S tu bukan abg awak..? Muka korang iras ler.."
"Bukan.."
"Takper ler.." Aku dan member aku terus blah dan membiarkan mamat tu terpinga-pinga..


Disebabkan org lain yg nak tahu.. aku ngan semangatnyer cuba mencari informasi..
Walhalnyer aku jugak kenal dan boleh dikira baik ngan Mr.S.. tapi tak pernah lak nak tanyer Mr.S pasal soalan ni.. Huahuahua.. Sajer jer kan.. Bengong..

Antara kisah aku dan seseorg yg birthday nyer hari ni yg sentiasa dlm lipatan kenangan..

Monday, February 16, 2009

yamato nadeishiko...

Aiman miskin...dier takde duit..
tapi dier nak beli baju yg harga RM50..
dier pinjam ali Rm25..
dier pinjam abu RM25..
so, dier pergi ler beli baju tu..
masa dier pergi dier tgk baju tu sales..
harga turun..baju tu jadi harga RM45..
dier bayar.. then dier dapat baki RM5..
dier bagi ali RM1 & abu RM1..
dier tinggal RM3..
dier hutang ali RM24 & abu RM24..
so, dier hutang RM48..
dan dier ader baki RM3..
(RM48 + RM3 = RM51)
Kenapa lak RM51..?
Sedangkan dier pinjam RM50 jer..

haih...

dah setahun lebih aku bagi teka-teki ni kat member aku...
semalam baru dier tanya jawapan..
giler lama baru dier bagi feedback..
sbb dier tanyer member2 dier lain lak...
pastu, diorg tanyer jawapan kat dier..
so, dier pening dier tanya aku..
apakah?

Friday, February 13, 2009

keronsang rama-rama..

temah... aderlah sorang member yg aku kenal dari seorg member.. erm.. tim lagi best kot.. lebih kene ngan diri dier...



beberapa ketika setelah aku kenal tim.. tim kata "masa first time aku kenal ko.. tgk ko.. aku tahu ko boleh jadi kawan yg baik..."



ok..aku berkawan dengan tim seperti aku berkawan dengan kawan perempuan yg lain...aku mmg senang nak get along ngan org asalkan org tu tak mengganggu gugat kehidupan aku..



satu hari ketika lepak2 sambil makan2 kat kedai makan.. tim menyedarkan aku dari asyik melihat sorang mamat hensem di meja berdekatan..



tim : fah..

aku : (sengih2 tapi still curi2 tgk mamat hensem tu)

tim : (dgn muka siyes) fah.. pandang aku..

aku : yer..

tim : mulai saat ini ko tak boleh pandang lelaki lain.. ko kene pandang aku jer...

aku : ha? (sambil buat muka kerut2 sikit...dan terus makan..)



aku tak pernah amik port aper yg dier kata sebelom dan selepas tu.. termasuk ler dier pernah tunjuk gambar dier yg persis lelaki lalu berkata.. "ok kan kalau dier ni jd bf ko.."



biasanyer kalau kuar ngan dier.. dier akan byr utk makan.. bayar utk shopping.. byr utk tiket wayang.. ermmm.. bayar ler lagi.. aku mmg suka org belanja aku.. aku cuma berfikir.. as a friend aper salahnyer dier belanja aku kan..



pernah gi vacation ngan member aku.. dan tim turut serta.. sambil berjalan dipersisiran pantai ditemani mentari yg menyembunyikan diri di kaki langit.. aku dan tim beriringan.. dan tim bersuara "mcm couple kan kita ni".. dengan suasana yg harmoni, pemandangan yg cantik... mmg romantik habis ler.. kalau jln ngan bf mmg jd kenangan sepanjang hayat... hauhuahua..



mungkin kalau dier benar2 seorg lelaki.. dier akan menjadi seorg bf yg baik.. sangat caring.. understanding.. loving dan segala criteria yg baik bagi seorg bf.. tapi tim aderlah wanita.. itu sebab dier memahami wanita.. mungkin atas alasan tu jugak ader sesetengah org lebih suka ber'bf'kan seorg wanita dari seorg lelaki.. segelintir ler..



dan member aku pernah bertanya pada aku..



member : ko ader aper2 ker ngan tim? cam scandal jer korang ni.. aku tgk lain macam jer..

aku : giler ker aper... aku tak pernah get into benda2 camni...weh.. aku kawan ngan dier mcm aku kawan ngan ko..



aku tak takut nak berkawan dengan tim sbb dier tak pernah pun secara siyes luahkan perasaan dier.. walaupun org lain cam pandang lain jer...so, aku just anggap kata2 dier sebagai gurauan ala2 melesbiankan diri.. lagipun, melalui member aku, tak pernah lak aku dengar yg dier get crush ngan kaum sejenis..



tapi lama dah aku tak contact ngan dier.. setahun.. 2 tahun.. entah.. aku pun tak ingat.. selepas ader sikit selisih faham.. dan aku tak faham yg dier beriya-iya sentap kuasa dua ngan aku.. siap tukar no phone.. tapi aku still anggap dier kawan aku..



* aku rasa patutnyer entry ni utk world friendship day ler..

Thursday, February 12, 2009

hitam mata hitam ku..

aku dah lama pakai kanta sentuh dan lagi lama pakai kacamata...



bagi aku kacamata lebih senang berbanding kanta sentuh... tapi aku jugak suka memakai kanta sentuh.. tapi kedua-dua alat bantu penglihatan ni akan memberikan kesan sampingan terhadap aku dan org sekeliling aku..



aku akan menjadi sangat malas biler aku memakai kanta sentuh apabila pergi keje.. aku menjadi sangat malas untuk membaca.. mencari maklumat.. menyelak2 dokumen dan sumer kaitan ngan penulisan dan pembacaan.. tapi tidak biler aku memakai kaca mata.. aku cam rajin terlebih.. mungkin aku telah set dalam kepala otak aku.. pemakaian kanta sentuh adalah lebih berat kepada kecantikan.. tapi kaca mata lebih nampak educated.. hahaha.. alasan...



tapi jika aku memakai kanta sentuh ketika membeli nasi lemak berdekatan opis aku.. mak cik nasi lemak tu pasti akan layan aku dulu walaupun aku baru terhegeh2 nak terpacak kat depan warung dier tu dan sedaya upaya menyelit antara penggemar nasik lemak nyer lain.. tapi kalau aku pakai kaca mata.. mak cik nasik lemak akan buat seperti biasa.. first come first serve.. haih..



raut muka aku juga akan lain biler aku kaca mata instead of kanta sentuh.. mungkin kelihatan biasa.. nampak sedikit serabut minda dan mmg nampak cam org tua walaupun sesungguh nyer aku mmg tua.. dan apabiler melangkah masuk ke opis .. org akan tegur "ko nampak lain arini..".. huhuhuhu... walaupun aku akan nampak seperti rajin dan berkaliber biler berkaca mata (kononnyer..) tapi sebenarnya pada awal pagi tu wujud perasaan malas nak menjaga penampilan.. dan perasaan "ader aku kisah org tgk aku camner arini.." tu akan menyelinap dlm jiwa.. lalu terwujud ler penampilan serabut minda.. tak kisah ler...



org akan lambat nak mengenali aku..( bagi org yg jarang jumpa aku..).. contohnyer minggu lepas aku seminggu pakai kanta sentuh dan start minggu ni aku pakai kacamata.. org akan tgk muka aku dan bbrp ketika kemudian baru kata.."owhhh.. kamu ke.." aderkah aku terlalu comey biler berkanta sentuh dan terlalu berkaliber berkaca mata sehingga terwujudnyer jurang besar antara penampilan aku.. haih..



tapi sebenarnya kan pakai kanta sentuh ni agak bahaya sikit kan..



sorang bf aku yg memakai kanta sentuh pernah buat live performance on stage.. dengan tarian yg lincah dan pergerakan yg pantas tanpa disengajakan kanta sentuh nyer terjatuh ke lantai dan mengakibatkan dier tereksiden dengan penari lain dan tercedera..



sorang bf lain lak (bukan bf di atas).. seorg pemakai kanta sentuh gak.. setelah berkerja seharian.. berpenat lelah.. mungkin kerana cuaca yg kering dan agak panas.. kanta sentuhnyer telah menjadi kering di anak mata.. dan tidak boleh ditanggalkan seperti biasa.. lalu terpaksa dikejarkan ke hospital utk menjalani pembedahan..



sorang rakan sepejabat pula pernah kanta sentuhnyer terbelah dua di dalam mata.. dan separuh dier berjaya keluarkan.. dan separuh lagi telah beralih ke bawah mata dan tak boleh dikeluarkan.. usaha mengeluarkan separuh lagi kanta sentuhnyer itu dilakukan di pejabat jugak dalam keadaan yg cemas oleh aku.. dier bernasib baik memakai kanta sentuh berwarna jadi aku boleh mengesan dimana kanta sentuh tu berada.. tapi aku hanya boleh mengesan tetapi tidak berjaya menarik keluar kerana perasaan cemas dan panik aku pada ketika itu lebih dahsyat dari rakan sepejabat aku tu.. lalu aku memanggil rakan aku yg lain utk meneruskan kerja2 mengeluarkan separuh kanta sentuh yg terkandas di dalam mata itu dan usaha itu berjaya dilakukan oleh rakan aku..



jadi.. konklusinyer.. lebih baik pentingkan keselamatan dan kesihatan diri dari sibuk nak kelihatan comey.. sbb mmg sukar utk mendapatkan sumer sekali dlm satu masa.. haih..




..^_^..

Friday, January 30, 2009

jangan jatuh cinta padaku...


Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis buatku,
kerana aku takut akan menyayangimu..
Jangan mengambil berat tentang diriku,
kerana aku bimbang akan mengasihi dirimu...
Jangan terlalu baik padaku,
kerana aku takut akan merindui dirimu...
Jangan memberikan ku kenangan dan harapan,
kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu...
Jangan menghargai pertemuan ini,
kerana aku tak mahu menderita kerana kehilangan dirimu lantaran perpisahan ini...

*aku jumpa secebis kertas dlm organizer lama aku.. aku tak tahu ni karya sapa dan aku tulis kata2 ni dlm secebis kertas..dan skang aku publish lak kat sini..

Thursday, January 29, 2009

tag bergambar..

sowy ler... lambat menjawab tag en razor ni..
Okay, here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer.

– the age of next birthday –
aper hal pulak kuar gambar minah ni.. belasah jer ler..

– place i’d like to travel –

japan... kalau ader rezeki...
– a favourite place –

shopping complex.. huahuahua.. leh ker?

– a favourite food –

yummy..yummy..

– a favourite thing –
comforter yg kusayangi...

– nickname i had –


tak ramai yg panggil ngan nickname ni..



– a favourite color –


suci dan bersih..


– college major –

perkomputeran? pernomboran? ermm.. pemeningan..
– name of my love –



– a hobby –


tgk tali besen.. syiok banget...


– a bad habit –



– my wish list –




one of wish... to go travel.. ke negara2 asian...
best lak wat benda ni...fun...

Friday, January 23, 2009

teh dan kopi...

Dulu masa keje kat site mmg heaven giler.. Coz mmg senang giler nak mengular.. aku yg sebagai tea lady ni pun suka gak mengular kat kedai-kedai makan mahupun kedai2 minum utk menambahkan lagi berat badan bersama rakan-rakan seperjuangan yg lain..ke tempat2 lain seperti pasar tani, kedai runcit berdekatan atau pasaraya yg berjauhan pun ader gak..

Ader satu kes ngular + ngantuk.. aku ler tu.. lepas solat zuhur rasa ngantuk ler pulak.. ingat nak 'take 5' jer.. sekali sampai org opis sumer dah balik baru aku sedar.. seb baik pak guard tak kunci surau dari luar.. selepas kejadian tu , kalau rasa nak ngular + ngantuk kat surau mesti info kat secretary bos aku dulu.. suh dier kejutkan aku dlm masa yg ditetapkan..

Walaupun aku kuat ngular, aku buat gak keje dengan agak berdedikasi.. walaupun kengkadang bos nak teh panas, dah suam baru antar kat dier..walaupun kengkadang ader staff nak teh o, aku bancuh teh kat diorg.. dan kengkadang ader gak bos tanyer naper teh tak siap2, aku bagi alasan teh, gula, susu habis.. tapi aku wat keje gak kan...

So, ngan alasan itu mungkin ader senior staff yg nampak kebolehan aku dalam pembancuhan teh.. maka, dier pun mengoffer aku utk membancuh kopi lak.. tapi aku time tu mungkin take thing for granted kan..biler suh aku ingat camner nak buat mocha.. sukatan chocolate dan coffee yg sepatutnya ader dlm secawan mocha pun aku suka jer nak lupa-lupa.. pastu, gelabah2 sikit.. pastu, tak serius..

Peluang hanya datang sekali..biler kita dah terlepas sekali tu mungkin kita kene tunggu bertahun lagi utk berjumpa ngan peluang seterusnyer..kalau aku serius pada ketika itu.. mungkin sekarang telah menjadi barista yg professional..dengan hanya menghidu biji kopi sahaja dah tahu dari mana asal usul kopi tersebut dan secara automatik mengetahui cara pembancuhan nyer jugak..

Sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tiada guna nya lagi..


antara citer korea yg aku suker..

Tuesday, January 20, 2009

tempat tu bukan utk baring ler..

Situasi/lokasi : sekolah menengah / asrama..


aku sedikit terkejut gak ler biler aku disuruh utk menjadi host bagi malam tilawah al-quran pada malam itu..pergh..ripley's believe it or not..tapi aku kan budget cool jer..menerima dengan seadanya di samping menjadi jurulatih kumpulan nasyid..cool huh?!! tapi time tu mana tahu pitching ke laut ke, ke longkang ke.. belasah jer.. asalkan suara anak didik aku tu sedap apabila menyapa ke telinga aku..

dengan berjubah dan berbaju kurung lagi didalam..mmg agak panas dan susah sikit aku nak berlari ke hulu ke hilir..imej wanita muslimah mesti terus dikekalkan..majlis berjalan dengan lancar mengikut sumer susun atur yg telah dirancang..sumer peserta telah mempersembahkan kehebatan diorg dlm setiap kategori..juri pun telah menilai kebolehan mereka..hadiah dan anugerah digenggam erat para pemenang..maka, majlis pun melabuhkan tirai..

walaupun bukan malam tu jugak kitorg buat postmortem bersama ajk dan adhoc majlis.. tapi aku dan seorg rakan buat kaji selidik serba sedikit ttg majlis malam tu ketika perjalanan pulang ke aspuri..biasa ler.. mesti ader terkurang.. terover.. kemenangan yg tak disangka.. kekalahan yg dijangka.. kesilapan yg diduga.. pengadilan yg tak sekata.. mungkin jugak org mengutuk aku yg mengendalikan majlis dengan ntah hapa2.. who knows...

berjalan dengan gaya melenggang ala-ala mak limah sayang.. aku bercerita dengan penuh teruja ttg majlis tersebut.. aku kalau teruja mmg dah tak fikir org keliling dah.. bercerita dengan bersungguh-sungguh.. setelah lama bercerita.. ingin jugak aku bertanya pendapat memberku itu yg sedari tadi asyik membisu saja berjalan disisiku.. ku toleh ke sisi.. dier tidak kelihatan.. ternyata aku membebel sorang2.. mana pulak pergi temah ni..? kemudian, lalu beberapa junior yg tersenyum simpul memandang aku.. mungkin mereka nampak aku yg membebel sorang2 dengan semangat nyer.. aku berpatah balik..

ketika aku melintasi bilik mesyuarat.. aku terpandang sesusuk tubuh yg sedang berbaring.. ku amati dengan bersuluhkan cahaya lampu laman..

"weh temah, aperhal ko baring dalam longkang ni.."

longkang yg kurus dan dalam itu hanya boleh muat org yg bersusuk tubuh kurus mcm dier sahaja..aku yg agak kurus jugak time tu tidak mungkin muat utk berbaring di dalamnyer.. aku menarik dier keluar..

"aku tak perasan yg kita langkah longkang.. tak pasal2 jatuh.. segan lak nak bangun tadi.. ader junior.. hehehe.."

hampir seminggu gak ler aku ngan bdk2 form 4 lain gelakkan dier yg baring dalam longkang tu..

haih...temah..temah..

Tuesday, January 13, 2009

makhluk itu..

jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 11.15 mlm..kami meneruskan perjalanan ke triang yg mengambil masa sejam dari temerloh..sunyi.. sekali-sekala berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan..aku hanya mengekori kancil di hadapan yang ku kira hanya memandu 60km/j..takpe lah..setidak-tidaknya aku ada kawan di atas jalan raya..

aku menoleh pada rakanku yg sedaya-upaya untuk tidak terlena setelah meneguk ubat batuk setengah botol dan ubat selsema beberapa biji akibat begitu tertekan bergaduh dengan kekasih hati..lagipun, kami menuju ke rumah dia dan aku memandu kereta dia..tambahan lagi, aku tak tahu kedudukan rumah dia..jika dia (seet-nama sebenar yg diringkaskan) tidur.. siapa pulak nak menjadi penunjuk arah aku kan? takkan lah pokok-pokok di jalanan..

Di kala bulan mengambang..biasanya pemanduan aku memang agak lambat sebab penglihatan kurang jelas jika tanpa kaca mata, tambahan lagi, aku kurang biasa memandu kereta auto.. racer macam aku memang suka kereta manual..hehe..tiba-tiba..

"Cuba ko potong jer keter depan tu.. Lambat sangat.."

Tekan minyak..pecut..tapi selaju mana lah aku boleh pergi dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok..takkan lah nak buat teknik apungan (drift)..

Sambil berbual tentang beberapa perancangan yang bakal kami laksanakan..(pergh..bunyi macam menteri-menteri borak lak..) tiba-tiba makhluk itu muncul di depan kereta..

"Seeeeettttttttttttttttttttttt" jerit aku kuat...
"Faaaaahhhhhhhhhhhhhhh" kawan ku turut menjerit...

Brek kereta di tekan dengan bersungguh-sungguh sehingga menerbitkan bau hangit tayar kereta yg bergeseran dengan jalan raya..

Jantung berdegup laju..lutut menggigil..panik..aku memandang Seet..

"relax..terus jer drive.." Seet cuba menenangkan aku walaupun dia pun panik..

terus memandu..

"panjang lagi umur lembu tu.." kata Seet lega..

Secara seriusnya kami memang tak nampak lembu tu sehingga beliau muncul di depan kami.. tapi aku sempat berhentikan kereta sebelum kereta itu menyentuh tubuh beliau..