Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Thursday, February 12, 2009

hitam mata hitam ku..

aku dah lama pakai kanta sentuh dan lagi lama pakai kacamata...



bagi aku kacamata lebih senang berbanding kanta sentuh... tapi aku jugak suka memakai kanta sentuh.. tapi kedua-dua alat bantu penglihatan ni akan memberikan kesan sampingan terhadap aku dan org sekeliling aku..



aku akan menjadi sangat malas biler aku memakai kanta sentuh apabila pergi keje.. aku menjadi sangat malas untuk membaca.. mencari maklumat.. menyelak2 dokumen dan sumer kaitan ngan penulisan dan pembacaan.. tapi tidak biler aku memakai kaca mata.. aku cam rajin terlebih.. mungkin aku telah set dalam kepala otak aku.. pemakaian kanta sentuh adalah lebih berat kepada kecantikan.. tapi kaca mata lebih nampak educated.. hahaha.. alasan...



tapi jika aku memakai kanta sentuh ketika membeli nasi lemak berdekatan opis aku.. mak cik nasi lemak tu pasti akan layan aku dulu walaupun aku baru terhegeh2 nak terpacak kat depan warung dier tu dan sedaya upaya menyelit antara penggemar nasik lemak nyer lain.. tapi kalau aku pakai kaca mata.. mak cik nasik lemak akan buat seperti biasa.. first come first serve.. haih..



raut muka aku juga akan lain biler aku kaca mata instead of kanta sentuh.. mungkin kelihatan biasa.. nampak sedikit serabut minda dan mmg nampak cam org tua walaupun sesungguh nyer aku mmg tua.. dan apabiler melangkah masuk ke opis .. org akan tegur "ko nampak lain arini..".. huhuhuhu... walaupun aku akan nampak seperti rajin dan berkaliber biler berkaca mata (kononnyer..) tapi sebenarnya pada awal pagi tu wujud perasaan malas nak menjaga penampilan.. dan perasaan "ader aku kisah org tgk aku camner arini.." tu akan menyelinap dlm jiwa.. lalu terwujud ler penampilan serabut minda.. tak kisah ler...



org akan lambat nak mengenali aku..( bagi org yg jarang jumpa aku..).. contohnyer minggu lepas aku seminggu pakai kanta sentuh dan start minggu ni aku pakai kacamata.. org akan tgk muka aku dan bbrp ketika kemudian baru kata.."owhhh.. kamu ke.." aderkah aku terlalu comey biler berkanta sentuh dan terlalu berkaliber berkaca mata sehingga terwujudnyer jurang besar antara penampilan aku.. haih..



tapi sebenarnya kan pakai kanta sentuh ni agak bahaya sikit kan..



sorang bf aku yg memakai kanta sentuh pernah buat live performance on stage.. dengan tarian yg lincah dan pergerakan yg pantas tanpa disengajakan kanta sentuh nyer terjatuh ke lantai dan mengakibatkan dier tereksiden dengan penari lain dan tercedera..



sorang bf lain lak (bukan bf di atas).. seorg pemakai kanta sentuh gak.. setelah berkerja seharian.. berpenat lelah.. mungkin kerana cuaca yg kering dan agak panas.. kanta sentuhnyer telah menjadi kering di anak mata.. dan tidak boleh ditanggalkan seperti biasa.. lalu terpaksa dikejarkan ke hospital utk menjalani pembedahan..



sorang rakan sepejabat pula pernah kanta sentuhnyer terbelah dua di dalam mata.. dan separuh dier berjaya keluarkan.. dan separuh lagi telah beralih ke bawah mata dan tak boleh dikeluarkan.. usaha mengeluarkan separuh lagi kanta sentuhnyer itu dilakukan di pejabat jugak dalam keadaan yg cemas oleh aku.. dier bernasib baik memakai kanta sentuh berwarna jadi aku boleh mengesan dimana kanta sentuh tu berada.. tapi aku hanya boleh mengesan tetapi tidak berjaya menarik keluar kerana perasaan cemas dan panik aku pada ketika itu lebih dahsyat dari rakan sepejabat aku tu.. lalu aku memanggil rakan aku yg lain utk meneruskan kerja2 mengeluarkan separuh kanta sentuh yg terkandas di dalam mata itu dan usaha itu berjaya dilakukan oleh rakan aku..



jadi.. konklusinyer.. lebih baik pentingkan keselamatan dan kesihatan diri dari sibuk nak kelihatan comey.. sbb mmg sukar utk mendapatkan sumer sekali dlm satu masa.. haih..




..^_^..